fbpx

Belanjawan 2024: Syed Saddiq persoal 4 teras pembentangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2024, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengutarakan pandangannya terhadap pembentangan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.

“Selepas mendengar pembentangan Belanjawan 2024 tadi, saya ingin memberikan ringkasan serta pandangan. Saya percaya belanjawan kali ini akan terus menekan golongan pertengahan yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

“Kita kena ingat empat perkara iaitu subsidi rakyat dikurangkan, cukai rakyat dinaikkan daripada enam ke lapan peratus, pembaziran diteruskan dan janji-janji yang dilupakan. Ini adalah empat teras asas saya pada hari ini,” katanya kepada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat kenaikan cukai barang sebanyak dua peratus adalah bukan amaun yang kecil yang mana ia jelas mengambil kira setiap satu transaksi malah akan memberi kesan terhadap pihak terlibat seperti pengurus restoran.

“Kos sara hidup akan naik dan rakyat akan mempersoalkan kenaikan SST kepada enam peratus adalah SST bertopengkan GST. Perkara ini akan saya bangkitkan pada minggu hadapan.

“Ketiga adalah mengenai pembaziran diteruskan yang membabitkan perbelanjaan tambah untuk kenderaan menteri dijangka tahun depan. Sebelum ini, ketika pemerintahan Pakatan Nasional (PN) pada tahun 2021 dan 2022 mereka teruk dikecam kerana perbelanjaan tambahan untuk pembelian kereta baharu Vellfire,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas lanjut mengenai janji-janji yang dilupakan khususnya mengenai pengurangan peratusan diskaun bayaran balik bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, tawaran diskaun bermula 1 November depan hingga 30 April 2023 membabitkan 20 peratus potongan untuk penyelesaian penuh pinjaman manakala, 15 peratus diskaun diberikan untuk penyelesaian 50 peratus baki hutang dan 15 peratus lagi untuk bayaran secara potongan gaji.

“Janji mengenai PTPTN ini saya yakin anak muda takkan lupa. Hari ini, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran manakala 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Saddiq sempat memuji tiga tindakan kerajaan yang memberi pelepasan bagi peralatan sukan dinaikkan kepada RM1,000, penurunan cukai hiburan serta bantuan kepada penjawat awam bagi semakan semula tangga gaji mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI