fbpx

MYAirline gantung operasi bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan kos rendah, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya bermula hari ini, sehingga diberitahu kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Dalam satu kenyataan daripada Lembaga Pengarah, MYAirline berkata, pihaknya amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan berkenaan kerana pihaknya memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI