fbpx

Sembilan lelaki ditahan, jalankan promosi judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi perjudian dalam talian di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan atau 'calling centre' di Jalan Bukit Manggis Benoni, Papar pada 3 Oktober lalu. -Foto: Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Seramai sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi perjudian dalam talian pada 3 Oktober lalu.

Serbuan dibuat ke atas sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan atau ‘calling centre’ di Jalan Bukit Manggis Benoni, Papar.

Dalam serbuan Op Dadu Khas kira-kira pukul 8 malam itu, polis turut merampas pelbagai peralatan komputer, kad bank dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk aktiviti terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (D7)  Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Sabah.

“Pemeriksaan mendapati, premis berkenaan dihuni sembilan individu berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian ‘calling centre’.

“Pemeriksaan lanjut, polis menahan sembilan lelaki yang disyaki bekerja sebagai mempromosi perjudian dalam talian.

“Menerusi siasatan awal, kita mendapati kegiatan berkenaan mensasarkan pelanggan tempatan di negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI