fbpx

PM cuba seluk poket bila Pak Azad bergurau pinjam RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Hasrat serta cubaan penyampai radio, Azad Jasmin untuk meminjam RM100 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berjaya’ setelah bertemu beliau di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah radio tempatan di akaun TikTok, kelihatan Azad atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Azad, pada mulanya gementar sebelum bertemu Anwar bagi menyampaikan hasrat tersebut.

Namun, setelah berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri, Azad dengan beraninya memperkenalkan diri sebelum menyampaikan hasratnya untuk meminjam RM100.

“Assalammualaikum Datuk Seri, saya Azad. Bolehkah saya nak pinjam RM100,” katanya ketika berjabat tangan.

Lebih menghiburkan hati, Perdana Menteri memegang poketnya untuk mencari wang seakan-akan tidak biasa dengan trend ‘Pinjam RM100’ yang tular di media sosial sekarang.

Akhirnya Pak Azad dengan segera menukar permintaannya dengan meminta 100 kata-kata semangat daripada Perdana Menteri.

“Teruskan usaha, masa yang terbaik sekarang untuk beralih daripada keadaan lama kepada keadaan baru dalam negara kita.

“Tata kelola yang baik dan semangat rakyat untuk selamatkan negara dan angkat martabat Malaysia sebagai negara yang hebat,” nasihat Perdana Menteri.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat keberanian Azad untuk bergurau dengan Perdana Menteri untuk menyampaikan hasrat tersebut.

“Aku tunggu punya lama akhirnya dapat 100 kata semangat. Ini lagi bernilai daripada nilai RM100. Good job (syabas) Pak Azad,” komen Hariz.

“Daripada nak pinjam RM100, terus automatik jadi 100 kata-kata semangat,” komen Dean.

“Mula-mula memang Perdana Menteri nak seluk poket dah tu. Apa-apa pun terbaik Pak Azad sebab berani jumpa dengan PMX,” komen seorang pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE.

@era.je Replying to @fazlieffendi ♬ original sound – ERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI