fbpx

Rider Grab dapat ‘job’ jadi penyiasat persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang ‘rider’ (penghantar barangan) Grab mendedahkan dia menerima satu tawaran untuk melakukan kerja penyiasatan.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian Facebook Ketuk-Ketuk Ramadan yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang wanita bersama ‘rider’ terbabit.

Berdasarkan perbualan tersebut, wanita itu meminta penghantar barangan berkenaan untuk membuat tinjauan ke atas kenderaan suaminya.

“Salam adik, akak nak bagi kerja senang sahaja. Tengok kereta suami akak ada tak di rumah,” katanya.

Tangkap layar tular perbualan seorang wanita yang menawarkan seorang penghantar barangan melakukan kerja penyiasatan.

Bagaimanapun, sama ada permintaan tersebut ditunaikan penghantar barangan terbabit tidak dipastikan.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan tawaran yang diterima penghantar barangan berkenaan.

“Idea bagus ini, senang nak pantau selain tambah pendapatan,” kata Musliha.

“Jangan main-main dengan perempuan. Engkau buat je adik, nanti akak bagi upah, masyuk,” ujar Norain.

“Selepas ini ‘rider’ dah boleh tambah dalam resume jadi penyiasat persendirian,” seloroh Ain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI