fbpx

Penganjur Himpunan Aman Solidariti Palestin perlu kemuka notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin menyifatkan perhimpunan itu adalah aman namun penganjur perlu kemuka notis pemakluman kepada polis. Foto oleh AMIN AZMAN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa pihak penganjur Himpunan Aman Solidariti buat Palestin, Masjid Al-Aqsa yang dijadualkan berlangsung di Masjid Negara, Jumaat ini, agar mengemukakan notis pemakluman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menyifatkan perhimpunan berkenaan adalah aman berikutan ia juga sebagai simbolik mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang berdepan dengan keganasan Zionis, Israel.

“Memang kita dimaklum mengenai perhimpunan tersebut dan telah ditentukan adalah satu perhimpunan yang aman.

“Bagaimanapun, saaya belum dapat pasti sama ada perhimpunan ini telah diberi pemakluman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Pemuda Pas dan Perikatan Nasional (PN) bakal menganjurkan Himpunan Aman Solidariti di Masjid Negara, di sini, selepas solat Jumaat.

Sehubungan itu, seramai 5,000 peserta dijangka bakal menyertai perhimpunan itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI