fbpx

KPB Sandakan ambil sampel produk didakwa beras plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPB Sandakan memaklumkan sudah mengambil sampel beras yang, didakwa beras plastik dari sebhah premis di Sandakan. -Foto: Ihsan KPB Sandakan

SANDAKAN- Ketua Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Sandakan, Mohamad Saiful Nizam Adnan memaklumkan pihaknya sudah mengambil sampel beras yang didakwa beras plastik dalam satu video tular semalam.

Mohamad Saiful Nizam berkata, sampel beras di sebuah pasar raya terbabit diambil bagi tujuan analisa.

“Kita meminta semua pihak peruncit dan pembekal jenama beras berkenaan agar tampil ke pejabat KPB untuk membuat aduan secara rasmi berhubung isu terbabit.

“KPB sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan yang tular itu dengan melakukan pengambilan sampel beras di premis peruncit dan pembekal untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa.

“Bagaimanapun, pihak KPB sama sekali menangkis dakwaan terdapat beras plastik di pasaran khususnya di kawasan Sandakan.

“Hal ini kerana setiap kemasukan beras import di pelabuhan, Bernas akan membuat ujian makmal terlebih dahulu bagi memeriksa keselamatan beras serta sijil keselamatan juga perlu dikemukakan oleh negara pengeksport.

“Proses ini amat dititikberat untuk setiap kemasukan beras import ke negara ini bagi menjamin keselamatan terhadap beras yang merupakan makanan ruji rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, KPB Sandakan menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan susulan terdapat satu video berdurasi satu minit 20 saat yang menjadi tular di laman sosial pagi semalam berkaitan dakwaan wujudnya penjualan beras plastik di Sandakan.

Video terbabit memperlihatkan seorang lelaki mendakwa beras yang dijual di salah sebuah premis di daerah terbabit adalah beras plastik.

Mengulas lanjut, Mohamad Saiful Nizam menyatakan KPB tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kegusaran orang awam terhadap isu keselamatan makanan negara terutamanya beras.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan perkara ini.

“Orang awam dinasihatkan tampil untuk membuat aduan secara rasmi jika ada apa-apa masalah berkaitan beras dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau tiada asas kukuh seperti yang didakwa di media sosial,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI