fbpx

EPL: Guardiola tenang alami dua kekalahan berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berdepan dua kekalahan berturut-turut ketika mereka tunduk berdepan Arsenal selepas turut menerima nasib yang sama pada aksi bertemu Wolves sebelum itu. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tetap tenang meskipun pasukannya mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 2018.

The Citizens gagal untuk melakar kebangkitan selepas dikejutkan Wolverhampton Wanderers 1-2 sebelum ini apabila sekali lagi tewas kepada Arsenal pada aksi Liga Perdana di Stadium Emirates malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan dilihat hampir pasti untuk berkongsi satu mata, namun pemain gantian Arsenal, Gabriel Martinelli menjadi wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-86.

“Ini adalah bola sepak, jadi kalah atau menang sudah menjadi adat permainan. Mungkin kami perlu berada di belakang sedikit dalam perebutan liga, sama seperti apa yang berlaku sebelum ini.

“Kita sedang berada di bulan Oktober dan perjalanan masih panjang. Apa yang pasti, kami akan gunakan masa yang ada untuk memperbaiki setiap kelemahan dan bangkit lebih kuat bagi mencabar kejuaraan,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu juga menganggap ketiadaan pemain tengah, Rodri yang sedang menjalani penggantungan tiga perlawanan turut menjadi salah satu punca kekalahan mereka kepada Arsenal.

“Dia (Rodri) adalah pemain yang sangat penting kepada pasukan, namun kami perlu cari jalan penyelesaian apabila dia tidak bersama kami. Dia memiliki karakter serta personaliti yang diperlukan dalam setiap perlawanan,” jelas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI