fbpx

Dayang Anisha wanita paling bertuah pilihan Putera Mateen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen dan Dayang Anisha.

PETALING JAYA – Kecantikan paras rupa dimiliki Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Isa Kalebic menjadikannya wanita paling bertuah disunting sebagai bakal isteri kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Tinjauan menerusi media sosial mendapati, ramai yang memuji kecantikan Dayang Anisha ditambah dengan ketampanan Putera Mateen menjadikan kedua-dua mereka pasangan sepadan.

Malah, mereka turut menyifatkan latar belakang Dayang Anisha iaitu cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim selain sepupu jauh kepada Putera Mateen menjadikannya wanita paling sesuai dan bertuah.

“Dia ini punyalah lawa, tak ada ‘makeup’ pun lawa gila,” komen Ubiquitous Cryptic pada aplikasi X yang memuji kecantikan Dayang Anisha biarpun tanpa ‘secalit’ solek.

“Dia sangat cantik, cantik sangat. Mereka berdua memang sepadan,” komen Jules Fernandez.

“Dah macam Kdrama (drama Korea). Kawan sejak kecil dan kahwin bila dah besar,” komen seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Bunga.

“Semoga bahagia hendaknya Putera Mateen bersama Dayang Anisha. Sepadan ni sebab dia seorang sangat cantik dan perempuan yang baik,” komen Nina Karina.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Putera Mateen bakal bernikah dengan wanita pilihannya, Dayang Anisha pada 11 Januari tahun hadapan.

Istiadat Perkahwinan Diraja itu dilaporkan bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI