fbpx

Tetap kejar suspek walaupun jatuh dari tingkat empat bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (duduk) diiringi S.Sasikala (tengah) ketika berkunjung melawat pegawai kanan yang kini dirawat di Pantai Hospital, Klang.

PETALING JAYA – Tindakan berani pegawai kanan polis mengejar penjenayah meskipun telah terjatuh dari tingkat empat bangunan membuahkan hasil dengan tertangkapnya suspek di kedai, jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas, Klang, kelmarin.

Bagaimanapun, Inspektor Mohammad Azrin Yazid, 32 tahun yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan kini disahkan stabil selepas menjalani pembedahan kaki ekoran kemalangan itu, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, adegan kejar mengejar itu bermula apabila Azrin mengetuai sepasukan polis bagi memberkas suspek pada pukul 5.30 petang, kelmarin.

“Tiba sahaja di lokasi kejadian, didapati pintu dan pagar rumah tertutup, Azrin bertindak bertindak memanjat ke atas bumbung rumah di tingkat tiga untuk menahan suspek.

“Setibanya di tingkat tiga, suspek didapati berlari ke bumbung rumah sebelah.

“Ketika hendak turun, didapati paip yang dipegang telah patah menyebabkan Azrin terjatuh dari tingkat empat ke tingkat dua yang jaraknya kira-kira 6.1 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, tidak menyedari berlaku kecederaan, pegawai kanannya itu terus mengejar suspek sehingga berjaya ditahan di koridor kedai tersebut.

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati terdapat dua paket plastik berisi syabu seberat 100 gram (g) di dalam beg milik suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya” katanya.

Sejurus itu, Azrin merasakan sakit pada kaki, tangan, leher dan bahagian badan telah dibawa ke Klinik Azizan untuk pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Pantai, Klang.

“Ekoran kecederaan itu, Azrin ditahan di unit kecemasan Pantai Hospital, Klang dan kini disahkan stabil setelah selamat menjalani pembedahan pada kaki,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI