fbpx

Suspek tempatan belajar buat bom, peluru melalui laman web

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian letupan bom buatan sendiri di sebuah flat di Taman Pandan, Butterworth, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis menahan pasangan lelaki tempatan dan wanita warga asing selepas disyaki terbabit dalam insiden letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah rumah flat di Taman Pandan, Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 32 dan 37 tahun itu ditahan di lokasi berbeza di kawasan Mak Mandin, kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita Cina berhubung satu kejadian letupan berlaku pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan sebuah rumah flat.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan polis didapati bahan letupan tersebut adalah ‘improvised explosive device (IED).

“Hasil soal siasat terhadap suspek pertama telah membawa kepada penemuan satu lagi bom buatan sendiri dan merampas sepucuk pistol dan peluru buatan sendiri serta kerambit.

“Suspek mengakui telah mempelajari cara membuat bom melalui laman web dan bahannya pula diperoleh melalui pembelian atas talian,” katanya kepada pemberita di sini, petang ini.

Beliau memberitahu lagi, kedua-dua tangkapan negatif sebarang pengambilan bahan terlarang dan motif kejadian masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

“Kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI