fbpx

PM tidak menyokong, memperakui penubuhan parti politik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihaknya tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru.

Penegasan itu dibuat menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tadi dalam satu kenyataan ringkas dengan menyifatkan pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak cuba mengaitkan Anwar bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran.

“PMO ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru.

“Kami memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran dari PMO,” katanya.

Jelas PMO lagi, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi impak negatif kepada kredibiliti Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI