fbpx

Peserta Ironman Muhaini selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 orang terdiri daripada rakan-rakan, penduduk setempat dan ahli keluarga hadir ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarhamah Muhaini Mahmud, 44, yang maut dalam kejohanan triathlon Ironman Langkawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 1.53 petang selepas selesai disolatkan di Masjid UTM Jalan Semarak, di sini.

Lebih 100 orang terdiri daripada rakan-rakan, penduduk setempat dan ahli keluarga hadir ke tanah perkuburan sebelum selesai urusan pengebumian kira-kira pukul 2.30 petang.

Turut hadir sama Datin Nina Sabrina Ismail Sabri bersama suami, Datuk Jovian Mandagie serta beberapa selebriti tanah air termasuk pelakon dan pengarah Ahmad Idham.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan peserta wanita kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Muhaini Mahmud dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, semalam.

Allahyarhamah Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), berikutan mengalami masalah kesihatan ketika melakukan disiplin renang di Pantai Kok, kelmarin.

Untuk rekod, Allahyarhamah yang juga pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn. Bhd. merupakan anak perempuan Datuk Dr . Mahmud Mohd. Nor dan Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI