fbpx

BSL Malaysia sedia jadi pembekal kontena cari gali minyak dan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah (dua dari kiri) menerangkan spesifikasi kontena keluaran BSL Malaysia di TBSB, Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. FOTO oleh TOREK SULONG/KOSMO!

PASIR PUTEH – Syarikat pembekalan kontena, BSL Containers Sdn. Bhd. (BSL Malaysia) sedia menjadi pembekal kontena bagi projek minyak dan gas persisir pantai untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Pengarah Urusannya, Fauziah Tranchand, berkata, kesediaan itu berpandukan kepada kualiti, reka bentuk, pembuatan dan ujian yang telah dijalankan ke atas kontena keluaran BSL Malaysia sekali gus menepati ciri-ciri pematuhan taraf selain peraturan semasa.

“Keutamaan kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat pakar dalam membekalkan kontena untuk pelbagai jenis ‘Offshore Containers’ yang mempunyai piawaian dan mematuhi taraf kualiti yang diiktiraf antarabangsa seperti DNV dan UKAS.

“Setakat ini, BSL Malaysia mempunyai lebih 50 reka bentuk kontena selain peralatan cari gali minyak dan gas. Insya-Allah dengan kemampuan yang ada, kami yakin mampu memenuhi permintaan berterusan dari pengusaha syarikat perkapalan dan cari gali,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran BSL Malaysia di Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelancaran cawangan keempat di TBSB, Fauziah memberitahu, pembukaan itu bakal melebarkan lagi sayap perniagaan pihaknya dalam menyediakan kontena.

Katranya, pelaburan itu seiring perkembangan positif industri minyak dan gas yang sedang berjalan ketika ini.

“Situasi itu memberi keyakinan kepada kami untuk meluaskan empayar perniagaan dengan membuka sebuah lagi cawangan di negeri ini khususnya untuk membantu sektor industri bekalan kontena selain membantu memperkukuh lagi pertumbuhan ekonomi setempat.

“Pada masa ini, BSL Malaysia telah beroperasi di tiga lokasi cawangan berbeza iaitu di Labuan, Bintulu, Sarawak dan Kemaman, Terengganu. Cawangan di Tok Bali pada masa kini telah menerima lebih 20 tempahan kontena termasuk daripada beberapa pelaksana projek pesisir di Songkhla, Thailand,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI