fbpx

100 bangkai monyet di sawah disyaki diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk kampung menemui bangkai monyet berhampiran sawah mereka. - NDTV

NEW DELHI, India – Bangkai hampir 100 ekor monyet ditemui di pinggir sebuah kampung di daerah Siddipet, negeri Telagana kelmarin, lapor stesen penyiaran NDTV.

Menurut pihak berkuasa, beberapa penduduk kampung Munigadapa menyedari monyet -monyet itu mati berhampiran sawah mereka sebelum memaklumkan pihak berkuasa tempatan.

Seorang pegawai kanan Jabatan Veterinar dan peternakan berkata, pihaknya mengumpul sampel bangkai monyet itu untuk mengenal pasti punca kematian.

Sampel itu telah dihantar ke makmal forensik di Hyderabad.

Monyet-monyet itu disyaki mati akibat diracun di lokasi lain sebelum bangkainya dibuang dekat kampung berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI