fbpx

‘Letupan macam gempa bumi, kaca berterabur dalam rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan letupan di tingkat 10 sebuah apartmen di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – “Bunyi letupan terlampau kuat, bukan seperti mercun bola sehinggakan saya ingat gempa bumi sedang berlaku”.

Demikian kata salah seorang jiran hadapan di tingkat 10, Blok 4 Apartmen Desa Tun Razak, di sini, semalam, yang meletup akibat kebocoran gas.

Jiran mangsa, Norleelawati Muhammad, 43, berkata, ketika kejadian letupan berlaku kira-kira pukul 10.30 malam, dia dan suami yang berada dalam bilik tidur panik untuk menyelamatkan diri dari bangunan berkenaan.

“Sepuluh minit sebelum kejadian, saya tengah bancuh susu dan makan ubat sebelum terus masuk bilik tidur. Lima minit kemudian bunyi letupan kuat, bukan bunyi mercun bola tapi lagi kuat.

“Bila keluar bilik terus nampak rumah dah lintang-pukang serta penuh dengan taburan kaca. Saya ingatkan gempa bumi dan terus kejut suami yang sedang tidur.

“Kami berdua tengok api dah merebak di bahagian depan rumah kami dan nampak mangsa yang berada di dalam rumah itu,” ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut keadaan mangsa, Norleelawati berkata, mangsa melecur teruk pada bahagian bawah badan sebelum dihantarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kelmarin seorang penghuni lelaki di tingkat 10 melecur 30 peratus anggota badan selepas satu kejadian kebakaran akibat letupan yang berpunca dari kebocoran gas di Apartment Desa Tun Razak, Desa Tun Razak di sini.

Dalam pada itu, seorang penduduk lain, Happy Thomas, 70, berkata, dia sangat terkejut apabila mendengar dentuman yang sangat kuat beserta gegaran sekitar pukul 11 malam tadi.

“Saya tinggal di tingkat 11. Sangat terkejut apabila terdengar bunyi yang sangat kuat. Sepanjang hidup 70 tahun, itulah letupan yang paling kuat saya dengar,” jelasnya.

Happy yang juga Ahli Komuniti apartment terbabit memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpul laporan penghuni yang terjejas dengan kejadian letupan pada malam itu selain mengambil tindakan membuat laporan polis serta menghubungi pihak insurans.

“Laporan polis pun sudah dibuat untuk tindakan perlindungan insurans. Buat masa ini kami masih berbincang untuk tindakan seterusnya.

Seorang kanak-kanak melalui pejalan kaki kawasan unit yang meletup kelmarin.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI