fbpx

Kualiti muara Sungai Sembilang kelas lima, teruk dari Sungai Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harrison dan Nor Aziah melihat bacaan sampel kualiti air muara Sungai Sembilang, Kuala Selangor. FOTO: Saddam Yusoff

KUALA SELANGOR – Masalah pencemaran Sungai Sembilang yang telah berlarutan lebih 10 tahun sehingga menjejaskan 60 nelayan akan diselesaikan dengan kerja-kerja pengorekan muara di sungai tersebut.

Langkah ini bagi mengeluarkan mendapan pencemaran telah lama berada di lokaliti tersebut sehingga boleh menyebabkan air sungai berwarna hitam dan berbau busuk.

Berdasarkan ujian sampel muara sungai yang diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor turut mendapati paras oksigen terlarut yang rendah sehingga boleh menjejaskan hidupan sungai dan kualiti air berada kelas lima.

Lebih teruk dari tahap Sungai Klang ketika ini yang berada di kelas ketiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, penyelesaian rancangan pengorekan muara itu hasil perbincangan bersama JAS Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi jangka pendek.

Katanya, cadangan pengorekan itu akan dilakukan sebelum pintu air di lokasi tersebut berdasarkan aduan diterima mendapati selut kotoran yang mengeluarkan bau busuk terlihat ketika air surut.

“Ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan pejabat saya akan memaklumkan mengenai kerja-kerja pengorekan itu.

“Saya difahamkan kerja-kerja sama pernah dilakukan sebelum ini namun tidak tahu sampai tahap mana,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Haslina Amer serta Ketua Operasi Worldwide Landfills Sdn. Bhd., Nor Haszma Mohd. Hashim meninjau muara Sungai Sembilang dan tapak pelupusan sampah Jeram.

Kata Harrison, aduan pencemaran sungai paling kerap diterima dengan pihaknya tidak mahu bersifat menunding jari mana-mana pihak sebaliknya mencari penyelesaian terbaik bagi membawa perubahan untuk kesejahteraan masyarakat.

Tambahnya, beliau difahamkan JAS dan LUAS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di lokasi sekitar Sungai Sembilang secara berkala.

Sementara itu, Nor Aziah memberitahu, berdasarkan rumusan tinjauan khususnya parameter larutan ammonia dan oksigen di muara Sungai Sembilang mendapati kualiti air berada di kelas lima.

“Apabila bahan pencemaran itu telah terperangkap begitu lama dalam sungai dan ketiadaan faktor pencairan menyebabkannya terkumpul di situ. Ini bukan boleh diselesaikan satu malam,” katanya.

Tegas beliau, hasil pemeriksaan pada tapak pelupusan sampah itu turut mendapati bukan faktor pencemaran disebabkan mempunyai proses sistem rawatan pelepasan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI