fbpx

Sultan Nazrin rasmikan SMK Proton City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin menandatangani plak bagi merasmikan SMK Proton City di Tanjung Malim hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TANJUNG MALIM – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City di sini hari ini.

Sekolah tersebut yang dibina dengan kos RM29.9 juta di atas kawasan seluas 9.34 hektar kira-kira 9 kilometer dari bandar Tanjung Malim mula dibina pada 28 Julai 2015 dan siap sepenuhnya 25 Julai 2017.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam ucapannya berkata, sesi persekolah rasmi sekolah berkenaan bermula pada 5 Februari dengan enrolmen murid seramai 380 orang manakala guru seramai 40 orang dan dibantu oleh empat staf sokongan.

“Pada tanggal sama, Tingkatan Enam memulakan sesi pengajian mereka (di sekolah berkenaan) dengan 70 orang pelajar.

“Kini bilangan enrolmen telah meningkat kepada 675 orang. Seramai 61 orang guru dan tujuh staf sokongan sedang berkhidmat di sekolah ini,” katanya ketika berucap di majlis perasmian SMK Proton City di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, konsep mobile classroom telah diperkenalkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk mengoptimumkan penggunaan 42 bilik darjah di sana.

Fadhlina menjelaskan, ciri utama mobile classroom tersebut ialah pelajar-pelajar tidak mempunyai kelas yang tetap.

“Mereka akan bergerak ke bilik guru matapelajaran mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Setiap guru matapelajaran diperuntukkan satu bilik kelas dan pengurusan bilik tersebut dilakukan sepenuhnya guru berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI