fbpx

Subsidi bantuan rakyat susah, bukan kesenangan golongan kaya raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa subsidi kerajaan adalah bantuan untuk golongan susah dalam mendepani kos sara hidup mereka.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan sistem subsidi sedia ada kurang relevan dan tidak menyasarkan golongan yang selayaknya menerima manfaat tersebut.

“Sistem subsidi tempang yang dilaksanakan sejak sekian lama menyebabkan golongan kaya raya, berkereta besar turut mendapat subsidi minyak yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat miskin.

“Kerajaan Perpaduan mahu memperbetulkan ketempangan ini menerusi rasionalisasi subsidi supaya majoriti rakyat yang susah dapat terus dibantu,” katanya.

Terdahulu, Anwar menerusi satu program yang dihadiri beliau berkata, pendekatan dibawa Kerajaan Perpaduan adalah untuk memastikan bantuan subsidi dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat yang memerlukan dan bagi golongan maha kaya akan dikenakan bayaran setimpal keupayaan mereka.

“Sekarang ini subsidi minyak, siapa dapat? Rakyat dapat, okey. Profesor, pensyarah dapat okey, exco dapat okey, tetapi tauke-tauke besar semua dapat subsidi minyak juga.

“Jadi kita rancang bagaimana rakyat semua dapat jangan ganggu dia. Tetapi bagi yang kaya, bayar lah. Itu pendekatan dasar saya. Orang marah sekejap tetapi tak apa saya akan terang.

“Berapa juta orang asing di negara kita? Tiga juta, empat juta. Dari Thailand masuk beli minyak bawa ke Thailand, orang dari Singapura datang masuk beli minyak bawa ke Singapura. Oleh itu kita kena fikir bagaimana pertahankan hak rakyat bagi subsidi kepada rakyat, tetapi tak perlu bagi kepada maha kaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI