fbpx

Piala Cabaran: Kelantan United ke separuh akhir, menang agregat 11-0 atasi Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan United, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil (kiri) mengasak pemain Kelantan FC pada aksi Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN MFL

KOTA BHARU – Kelantan United FC (Kelantan United) melakar kemenangan bergaya dengan agregat 11-0 selepas membelasah Kelantan FC 4-0 pada perlawanan timbal balik saingan Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Sang Kijang Hijau yang turun dengan bekalan tujuh gol itu dilihat masih dahagakan jaringan apabila terus melancarkan serangan awal ke kubu Kelantan FC.

Kelantan United berjaya mencetak gol pertama apabila sepakan percuma diambil Mohd. Syazwan Zainon berhampiran kotak penalti tepat menerjah ke dalam gawang TRW pada minit ke-24.

Memasuki babak kedua, Sang Kijang Hijau terus menambah derita TRW apabila Morgaro Lima Gomis menanduk masuk gol kedua pelawat pada minit ke-60 selepas menerima hantaran cantik daripada Mohamad Qayyum Marjoni Sabil.

Situasi semakin parah buat kem TRW apabila Royizzat Daud menampan masuk gol ketiga buat Kelantan United pada minit ke-69 disusuli gol keempat yang merupakan jarigan kemenangan Sang Kijang Hijau melalui rembatan S. Sharvin pada minit ke-72.

Kelantan United bakal berdepan Kuching City FC pada peringkat separuh akhir Piala Cabaran apabila pasukan dari Borneo itu menang dengan agregat 4-0 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 3-0 di Stadium Darul Aman, Kedah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI