fbpx

Mahkamah: Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan mata wang kripto RM2.45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Johnathan Wong Futt Po, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki untuk membuat pelaburan dalam dua buah syarikat syarikat Ris dengan sengaja mendorong lelaki itu membuat bayaran berjumlah RM2.45 juta yang dimasukkan ke dalam akaun dompet mata wang kripto milik tertuduh, yang mana mangsa tidak akan serahkan sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pinang, di sini, antara 23 Mei dan 3 Ogos 2022 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohd. Nawi menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam Devanandan S. Subramaniam yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan lima anak antara enam bulan hingga 19 tahun.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Mohd. Kafli membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI