fbpx

Denda hingga RM100,000, penjara 3 tahun jika aniaya binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mereka yang sengaja mencederakan atau membunuh haiwan kesayangan seperti kucing boleh dikenakan hukuman berat iaitu denda maksimum RM100,00, malah boleh dipenjara sehingga tiga tahun.

Menerusi perkongsian video di TikTok, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, Malaysia mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh menghukum sesiapa sahaja yang terbukti bersalah melakukan tindakan kejam kepada haiwan.

“Haiwan peliharaan bukan sekadar teman, haiwan ini adalah harta berharga yang perlu dilindungi.

“Menurut Seksyen 29 Akta Perlindungan Haiwan 2015, pesalah boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 dan mungkin menghadapi hukuman penjara selama tiga tahun,” katanya.

Perkongsian peguam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong hukuman berat tersebut dikenakan terhadap mereka yang menzalimi haiwan peliharaan.

“Saya sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan serumah yang menyebabkan kucing kesayangan saya jatuh dari tingkat 11 ke tingkat 4.

“Saya terpaksa menanggung beban kos pembedahan sebanyak RM10,000 untuk menyelamatkan nyawa kucing saya,” ungkap Izreen Ishak.

“Jiran membuang kucing saya di lombong dan menghantar kembali kolar mereka kepada kami tanpa rasa bersalah,” tulis Erissa Faisal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI