fbpx

K2

Bimbang lafaz taklik semasa nikah jatuh bila suami dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lafaz taklik diucapkan oleh suami usai akad nikah. – Gambar hiasan

Saya dan suami telah berkahwin pada April 2018 tetapi suami sekarang di dalam tahanan pihak polis atas kesalahan yang memakan masa untuk dibebaskan. Yang saya khuatirkan, saya risau jika status saya dan suami terputus sedangkan saya amat menyayangi suami saya.
Saya minta nasihat supaya walau apa jadi sekalipun, hubungan saya dan suami tidak terputus dan masih kekal sebagai suami isteri yang sah.
Saya mampu untuk bekerja sendiri dan berdikari sendiri.
Cuma, saya risau akan lafaz taklik yang telah kami baca pada hari pernikahan kami. Mohon pencerahan.

JAWAPAN: Apa yang puan risaukan dalam persoalan ini ialah tentang status perkahwinan puan dengan suami, adakah terbubar disebabkan suami tidak dapat menjalankan tanggungjawab kerana dipenjarakan?

Dalam isu ini, kita harus mengetahui dan memahami apakah fungsi lafaz taklik dilakukan.
Taklik ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Lafaz taklik adalah seperti berikut:
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya ………………. selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talaq khulu’.”

Berdasarkan lafaz taklik ini, cerai taklik hanya boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas taklik dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh mahkamah.

Oleh itu pihak puan tidak perlu risau dengan status perkahwinan yang masih lagi termeterai.

Selagi mana pihak puan tidak membuat aduan di mahkamah tentang nafkah atau sebagainya yang melibatkan kezaliman jika dilakukan suami ke atas puan, maka cerai taklik tersebut tidak akan berlaku.
Wallahu’aklam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI