fbpx

2 remaja terbunuh Honda Jazz bertembung Mercedes Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut dua nyawa remaja dalam kejadian di Jalan Horizon Hills-Iskandar Puteri awal pagi hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

ISKANDAR PUTERI – Dua remaja maut selepas kenderaan mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Horizon Hills-Iskandar Puteri, di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah Giggs Tan Ka Qing dan Ong Wan Ling, masing-masing berusia 19 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Honda Jazz dan sebuah Mercedes Benz.

“Pemandu dan penumpang Honda Jazz iaitu disahkan maut di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu Mercedes Benz pula cedera dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan kesemua mangsa merupakan warganegara tempatan.

“Sampel darah bagi tujuan analisa kandungan alkohol juga telah diambil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI