fbpx

Sindiket palsu dokumen pinjaman bank tumpas, 10 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seramai 10 individu diberkas mengoperasikan sindiket pemalsuan dokumen dalam serbuan sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak, di sini, semalam.

Bertindak diatas maklumat, serbuan tersebut hasil kerjasama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Wangsa Maju dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, tangkapan melibatkan enam suspek merupakan wanita dan empat lelaki.

“Seramai 10 individu warga tempatan berusia antara 21 hingga 36 tahun ditahan. Rampasan melibatkan tiga set komputer, 77 keping kad ATM pelbagai bank, 10 unit telefon bimbit.

“Turut dirampas cop getah atas nama pelbagai syarikat dan beberapa pukal dokumen bank, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CTOS dan penyata gaji atas nama pelanggan yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sindiket ini menawarkan perkhidmatan kepada individu yang ingin mendapatkan pinjaman wang dari institusi bank tempatan dengan memalsukan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak bank.

Jelasnya, sindiket ini telah beroperasi selama empat tahun di sekitar Kuala Lumpur.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kesemua tangkapan ditahan reman untuk siasatan lanjut,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI