fbpx

Penduduk gempar temui mayat tepi jalan di Sri Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular penemuan mayat di sebuah kawasan di Gombak, hari ini.

GOMBAK – Penduduk di sini gempar dengan penemuan satu mayat di tepi jalan berhampiran Kawasan Perusahaan Sesama Sri Gombak, di sini, hari ini.

Menerusi sebuah hantaran video @asalgombak di aplikasi X, sepasukan polis serta unit forensik telah berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Mayat ditemui di Sri Gombak, maklumat lanjut masih belum diketahui.

“Nampak macam susur ke arah MRR2 ditutup sepenuhnya. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya,” katanya dalam hantaran di Aplikasi X sebentar tadi.

Difahamkan, satu kenyataan media akan dikeluarkan pihak polis daerah Gombak berhubung penemuan mayat tersebut dalam masa terdekat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI