fbpx

Ramai sebak pelajar MRSM ATM Bera edar al-Quran, mohon doakan jadi hafiz hafizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pelajar MRSM ATM Bera yang juga MRSM Ulul Albab mengedarkan al-Quran kepada penumpang kereta api dari Triang ke Dabong.

PETALING JAYA – Sekumpulan pelajar MRSM ATM Bera, Pahang yang juga MRSM Ulul Albab mengambil inisiatif mengedarkan naskhah al-Quran secara percuma kepada penumpang kereta api selain memohon mendoakan mereka menjadi hafiz dan hafizah mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan, pelajar tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan serta diiringi guru menaiki kereta api Stesen Keretapi Triang, Pahang ke Stesen Keretapi Dabong, Kelantan bagi program Jaulah Mahabbah: Me & My Quran baru-baru ini.

Video pelajar tersebut membaca al-Quran seterusnya mengedarkan kitab suci umat Islam itu kepada penumpang kereta api dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hazim Aqil.

Ia kemudian mendapat maklum balas positif daripada pengguna media sosial selain sebak dengan perbuatan baik mereka.

“Pelajar MRSM ATM Bera mengagihkan naskhah al-Quran kepada penumpang secara percuma. Mereka meminta doa daripada penumpang untuk mendoakan mereka menjadi hafiz dan hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” katanya pada penerangan video itu.

Menerusi video lain, pelajar-pelajar tersebut yang ditempatkan kesemuanya di satu gerabak kereta api dilihat sedang menghafaz al-Quran selepas solat subuh dan memperdengarkannya kepada ustaz dan ustazah mereka.

Dalam ruangan komen pula, ramai yang memberikan maklum balas positif selain mendoakan mereka menghafaz al-Quran serta menjadi hafiz dan hafizah.

“Tengok video ni pun aku nangis. Terima kasih adik-adik yang baik,” komen Jepp Wak Salam.

“Semoga semua anak-anak yang sedang menghafaz al-Quran menjadi hafiz dan hafizah,” kata Sufiahhibari.

“Ya Allah, kau lapangkan dan terangkan hati anak-anak ini supaya menjadi hafiz dan hafizah,” ujar Jon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI