fbpx

Maybank tidak bercadang kenakan caj transaksi aplikasi QR DuitNow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah yang menggunakan kod QR DuitNow untuk memudahkan pelanggan.

PETALING JAYA – Syarikat perbankan Maybank memaklumkan bahawa ia tidak bercadang untuk mengenakan kadar yuran transaksi kepada vendor yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow buat masa inI.

Menerusi satu kenyataan, Maybank berkata keputusan untuk tidak mengenakan caj bayaran itu akan dikekalkan sehingga satu masa kelak.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang bayaran berkaitan DuitNow QR, dan ini akan berterusan sehingga diberitahu kelak.

“Yakinlah bahawa semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj, seperti yang diamalkan hari ini.

“Sebarang perubahan kepada ini akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan bahawa vendor (peniaga) yang menerima pembayaran menerusi platform DuitNow QR akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

PayNet dalam satu kenyataan, memaklumkan, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Pengumuman itu ternyata mengundang reaksi yang negatif dalam kalangan peniaga yang menyifatkan keputusan itu bakal menambah kos operasi dan beban kewangan mereka.

Susulan itu, syarikat perbankan Public Bank juga telah mengumumkan terlebih dahulu semalam bahawa ia tidak akan mengenakan caj DuitNow QR manakala CIMB akan mengetepikan caj itu sehingga akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI