fbpx

Aduan tak dipeduli, penduduk tampal sendiri jalan berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeganathan memantau kerja-kerja menampal kerosakan jalan di Jalan Kebun Sayur di Bukit Naning, Muar.

MUAR – Penduduk yang mendiami kejiranan di Jalan Kebun Sayur dekat kawasan perindustrian Bukit Naning di sini mengambil keputusan untuk menampal sendiri jalan berlopak selepas aduan mereka berhubung masalah itu tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

S. Jeganathan, 55, berkata, Jalan Kebun Sayur di kawasan perindustrian Bukit Naning itu sudah lebih dua tahun rosak, namun tiada tindakan pembaikan dilakukan walaupun aduan telah dibuat kepada pihak-pihak berkaitan.

Susulan itu kata beliau, pihaknya mengambil langkah mengumpul dana seterusnya melakukan penampalan sendiri bagi mengelak kerosakan lebih teruk ke atas jalan berkenaan.

“Kami tidak tahu pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab kepada masalah jalan di kawasan perindustrian ini kerana tiada tindakan dilakukan walaupun aduan sudah dilakukan.

“Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku selain keadaan kerosakan jalan sema­kin rosak terus, kerja penampalan terpaksa dilakukan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Jeghanatan yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Bakri berkata, tindakan yang dilakukan pihaknya itu hanya sebagai langkah awal bagi mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur.

“Saya berharap ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur ini kerana banyak kenderaan melalui setiap hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI