fbpx

Penunggang Y15 maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 25 tahun disahkan maut ditempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala. -Foto PDRM

GOMBAK – Penunggang motosikal meninggal dunia akibat cedera parah selepas dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti sekitar jalan Lebuh Utama Sri Gombak berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak menghala Greenwood, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 6.53 pagi.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 dan kenderaan dan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati motosikal itu dari arah pinggiran Batu Caves menghala ke Greenwood.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan jenis tidak
pasti.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak di talian 03-61262222,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI