fbpx

5 pasangan diberkas lempias nafsu dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (berdiri kanan) menyoal pasangan yang ditangkap khalwat dalam Operasi Maksiat di sebuah hotel di Danga Bay, Johor Bahru semalam.- Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lima pasangan beragama Islam diberkas selepas disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel dalam serbuan dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sekitar bandar raya ini semalam.

Dalam operasi bermula pada pukul 11 malam itu, kesemua pasangan ditahan berusia antara 22 hingga 42 tahun dengan lima daripada mereka merupakan warganegara tempatan manakala lima yang lain merupakan warganegara asing.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, lima pasangan beragama Islam yang dipercayai berkhalwat ditahan sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah.

“Tujuan sebagai usaha pencegahan daripada pihak berkuasa dalam menghalang perbuatan maksiat seperti ini daripada terus berleluasa. Itu sebabnya kita lakukan operasi walaupun pada hari biasa dan bukan sahaja hujung minggu atau musim cuti.

“Kita mahu rakyat khususnya masyarakat Islam di negeri ini sedar bahawa perlakuan jenayah syariah seperti persetubuhan haram ini amatlah ditegah dan mestilah dijauhi,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI