fbpx

Empat anggota MPV antara 13 ditahan sindiket curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrudin menunjukkan dua lagi suspek lelaki tempatan yang diburu kerana terlibat dalam kes kecurian kabel.

PETALING JAYA – Gara-gara bersekongkol dengan sindiket curi kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM), empat anggota Unit Peronda (MPV) Petaling Jaya antara 13 suspek lelaki yang ditahan polis di sekitar Lembah Klang baru-baru ini bakal berdepan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Hamid berkata, empat anggota polis itu ditahan pada pukul 11.30 malam, 19 September lalu.

Katanya, pihaknya giat mengesan dua lagi suspek lelaki tempatan yang masih bebas selain menyenarai hitam suspek.

“Tindakan dan risikan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada wakil telekom yang memaklumkan terdapat kerosakan telefon dan data di kawasan pentadburan ibu sawat Petaling pada 18 September.

“Terdapat dua batang kabel bawah tanah sepanjang lebih kurang 40 meter dipotong disyaki dicuri dan kerugian mencecah RM100,000.

“Empat anggota MPV yang berkhidmat selama tujuh bulan hingaa 15 tahun itu ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan aktiviti sindiket curi kabel terbabit.

“Seterusnya, kita membuat serbuan di lima lokasi berasingan sekitar Lembah Klang dan menahan 9 suspek termasuk lima warga asing,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Lokasi serbuan melibatkan dua buah premis besi buruk di Kampung Sungai Kandis,Klang dan Batu 8, Bukit Kemuning Shah Alam seterusnya, dua buah rumah Seksyen 8/1 Petaling Jaya; Taman Seri Sentosa, Klang dan kawasan Industrial Park, Shah Alam.

“Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, kita merampas lima kenderaan iaitu dua buah Mobile Patrol Vehicle (MPV), sebuah kereta BMW, sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dan sebuah lori Hino.

“Selain itu, kita turut merampas 11 telefon bimbit, satu guni wayar tembaga yang dibakar seberat 1.2 tan bernilai RM20,000, sebuah buku hasil jual beli, dua resit, satu helai baju vest pantulan cahaya hijau dan sebatang besi penutup longkang,” tambahnya.

Semakan rekod jenayah ke atas semua suspek mendapati suspek B5 hingga B9 dan B13 masing-masing mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.

Suspek B10 mempunyai rekod kesalahan lumba haram serta dadah manakala B11 dan B12 hanya mempunyai rekod jenayah.

“Suspek mengaku terlibat dua kes kecurian kabel sekitar Petaling Jaya. Mereka ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenyah selama enam hari sehingga semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan membencanakan kabel,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI