fbpx

Drama apakah lagi bakal muncul di All Stars GV?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA apa yang berubah. Pengacaranya masih cuma diberi penambah perisa. Jihan Muse yang direhatkan pada musim terdahulu atas faktor dalam pantang kali ini kembali diserapkan memanaskan pentas yang sebelum ini sedia riuh dengan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Daripada duo menjadi trio, jika berdua lebih baik bertiga pula tambah gempak. Drama apakah lagi yang bakal Nabil, Elly dan Jihan persembahkan.

Keduanya, nama Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang dari sekian banyak musim terdahulu juga masih diletakkan di kerusi juri.

Sudah jadi adat, jika ada yang baharu pasti tak terhindar daripada perbandingan, jadi mengekalkan lebih molek daripada perubahan yang belum tentu buruk baik.

Seterusnya, barisan peserta berstatus bekas juara pastilah penyanyi sama yang diketahui tahap nyanyian masing-masing.

Semuanya bukan calang-calang, tetapi semua kita sudah terbiasa dengan kehebatan mereka.

Bukan itu sahaja, konsepnya juga sama, penjurian masih, selingan lawak-lawak sama yang barangkali dikitar semula, baik daripada Nabil, Kak Lina dan Jihan.

Jadi, apakah kelainan diharapkan daripada sebuah pertandingan bernama Gegar Vaganza yang diberi suntikan All Stars pada pangkal judulnya kali ini.

Jawapannya, jangan harap ada kelainan. Takkan ada kelainan ketara pun. Seperti juga siri dan naskhah drama dengan perebutan kuasa, kasih dan harta yang tidak pernah kehabisan jadi tontonan dunia, begitulah dengan program nyanyian. Nama pun program hiburan.

Jadi mohon sedar, khususnya buat peminat-peminat fanatik dan peminat program televisyen sekelian, usahlah dijadikan debat serius tentang apa sahaja isu dalam program All Star GV itu.

Asalkan mereka tidak ‘telanjang’ (semestinya tidak) memandangkan ini Malaysia, sebagai penonton, kita berhiburlah sahaja dengan tanpa ambil serius sehingga bertikam lidah mempertahankan pendapat tentang artis pujaan masing-masing.

Apapun, kasihan sebenarnya melihat penyanyi seperti Zamani Slam yang masih menyantuni tawaran menyerikan pertandingan sehebat All Stars itu walaupun semua sedar hayat pertandingan untuk Zamani sekadar buat ‘rasa-rasa’ atau pemenuh kuota, namun untuk bertahan ke minggu-minggu terakhir, belum tentu.

Seperti kata Syafinaz, ‘kejutkan kami setiap minggu’, Ramli MS pula mahukan sakti more magic dalam persembahan serta aksi lucu Hetty yang tak lelah berkongsi pandangan sharing bukan mengajari dengan slogan ‘menurut Bunda’, GV sebuah program yang awal-awal lagi sudah menempah slot wajib tonton khalayak setiap hujung minggu.

Seronoknya GV kelak, untuk lebih tiga bulan pertandingan, khalayak disuapkan hiburan bertaraf mega daripada penyanyi-penyanyi papan atas yang bertaruh reputasi sepanjang hayat, demi kejuaran juara daripada segala juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN