fbpx

Allianz Malaysia hampir mengungguli Kejohanan Badminton MII 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan badminton Allianz Malaysia yang menjuarai Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hampir mengungguli sepenuhnya Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023 yang julung-julung kali diadakan apabila memenangi kategori Bergu Campuran manakala mencatat keputusan naib juara dalam Bergu Lelaki.

Kejohanan ini menampilkan dua kategori, iaitu kategori Bergu Lelaki yang menyaksikan penyertaan sejumlah 18 pasangan manakala Bergu Campuran pula menyaksikan penyertaan sejumlah 10 pasangan.

Dalam perlawanan akhir kategori Bergu Campuran, Kenneth Ho dan Pamela Tee menewaskan rakan sepasukan Abd Razak Ramlan dan Liang Kai Qi 31-17 manakala dalam kategori bergu Lelaki, Gary Mark Nagan dan Kumar Kannappan kecundang dalam perlawanan akhir kepada pasangan dari Lonpac Insurance 21-31.

Secara keseluruhan, Allianz Malaysia menghantar sejumlah lima pasangan Bergu Lelaki dan Campuran dengan dua bergu tewas pada suku akhir iaitu Joson Lim-Khor Shulin dalam Bergu Lelaki dan Mohd Rasydan-Elaine Fong dalam Bergu Campuran.

Awal bulan ini, Allianz Malaysia mencatat pencapaian sebagai Naib Juara dalam Kejohanan Berpasukan Liga Badminton Malaysia Life Reinsurance.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, walaupun Allianz Malaysia terkenal sebagai penganjur utama untuk Kejohanan Badminton Remaja Allianz, namun turut juga menggalak serta menyokong kakitangan dalam sukan badminton untuk bersaing dengan pemain dari syarikat lain dalam industri insurans.

Secara keseluruhan, saya berbangga dengan pencapaian pasukan badminton Allianz Malaysia kerana ini adalah kejohanan kedua yang kami layak ke peringkat akhir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI