fbpx

[VIDEO] Van persiaran bawa penumpang terjatuh dari Bukit Genting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa selepas van yang mereka naiki terjatuh dari Bukit Genting, Balik Pulau, malam tadi.

BALIK PULAU – Pemandu dan sekumpulan penumpang sebuah van persiaran dilaporkan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terjatuh dari Bukit Genting, di sini malam tadi.

Ketika ini, pasukan bomba dan polis sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa untuk dibawa naik ke atas.

Difahamkan, kesemua mangsa dikatakan barada di situ untuk menikmati makan malam di puncak bukit terbabit dan kejadian dikatakan berlaku semasa van berkenaan turun dari bukit.

Maklumat lanjut berkaitan jumlah dan keadaan mangsa terlibat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI