fbpx

[VIDEO] Anwar islamkan saudara baharu di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) memimpin Andrew Vinals melafazkan dua kalimah syahadah selepas menyampaikan khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, tengah hari semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin seorang lelaki melafazkan dua kalimah syahadah selepas menyampaikan khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, tengah hari semalam.

Di media sosial hari ini, tular video detik-detik Perdana Menteri membantu saudara baru dikenali sebagai Andrew Vinals.

Selepas selesai ucap kalimah syahadah, para jemaah yang menyaksikan momen indah itu melaungkan ‘takbir’ sambil Anwar bersalaman dengan saudara baru itu.

Difahamkan, majlis itu adalah secara kebetulan dan tiada dalam atur cara rasmi.

Anwar dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, selepas solat jumaat dirinya diminta komuniti Islam di sana untuk menyempurnakan proses lafaz shahadah seorang lelaki.

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” katanya.

Selepas itu, beliau juga menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada pihak Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY) untuk kegunaan komuniti Islam di sana.

Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah, iaitu masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rabu lalu, Anwar tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar sepanjang di New Work beliau akan disertai Zambry; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI