fbpx

Bekas setiausaha menteri kanan disyaki rasuah lulus projek RM80 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu termasuk bekas setiausaha politik menteri kanan kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai RM80 juta secara rundingan terus.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini.

“Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an merupakan bekas setiausaha politik seorang bekas menteri kanan, manakala suspek kedua adalah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan dengan meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” katanya di sini, hari ini.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 September.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI