fbpx

[VIDEO] SK To’ Kandu Bukit Mertajam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran melibatkan lima buah kelas di SK Permatang To' Kandu, Bukit Mertajam, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Tiga daripada lima buah kelas musnah dalam satu kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di Jalan Permatang Pauh, Bukit Mertajam, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, dua lagi kelas musnah dilaporkan terbakar 40 peratus.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.02 petang dan operasi pemadaman api melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, operasi turut melibatkan kerjasama BBP Jalan Perak, Penanti, Kepala Batas dan Bayan Baru.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran di SK Permatang To’ Kandu, Bukit Mertajam petang tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah sekolah tiga tingkat. Sebanyak lima buah kelas terlibat dalam kebakaran.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran pada masa ini, tiga buah kelas musnah keseluruhannya.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.31 petang tadi dan operasi pemadaman juga turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan,” katanya di sini.

Bagaimanapun, sehingga setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI