fbpx

[VIDEO] Penutup batu pecah, budak lelaki jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang budak lelaki terjatuh di dalam sebuah longkang setelah terpijak penutup batu yang pecah.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang setelah terpijak penutup batu yang pecah.

Menerusi video tular berdurasi 45 saat di laman Twitter, kanak-kanak tersebut dijumpai dalam keadaan basah kuyup sebelum orang awam bertindak menghulurkan tangga untuk menyelamatkannya.

“Nasib baik adik ini tidak apa-apa. Ceritanya, dia jalan atas batu longkang. Tiba-tiba, batu itu pecah. Dengan dia-dia sekali jatuh dalam longkang besar itu,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kerisauan masing-masing tentang keselamatan struktur binaan sebegini

“Ayah aku pernah alami benda sama, tetapi sebelum jatuh dia sempat berpaut pada tepi longkang. Sejak hari itu, kami satu keluarga memang takut hendak lalu atas longkang sebegini,” kata seorang pengguna.

“Bahaya betul. Lepas ini saya tidak akan pijak lagi penutup longkang ni,” kata seorang pengguna lain.

“Dalamnya. Kalau patah tulang macam manalah agaknya ya?,” kata Zana.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 52,300 tontonan dan 387 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI