fbpx

Najis haiwan jadi ubat elak kaki pesakit diabetes dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lemur adalah antara haiwan terancam yang ditempatkan di Taman Hidupan Liar Yorkshire (YWP). - Getty/Westend61

LONDON – Satu kajian mendapati virus yang ditemui dalam najis spesies haiwan terancam boleh digunakan untuk merawat ulser pada kaki pesakit diabetes, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pasukan saintis Universiti Sheffield berkata, virus dikenali sebagai bakteriofaj atau faj itu boleh diletakkan pada pembalut untuk merawat luka pada kaki pesakit diabetes.

Terdapat beribu-ribu jenis faj berbeza yang secara selektif, boleh digunakan untuk  membunuh bakteria yang menjangkiti luka tersebut walaupun apabila antibiotik tidak berfungsi. 

Rawatan menggunakan faj pertama kali ditemui pada awal abad ke-20.

Pasukan penyelidik  diketuai Profesor Graham Stafford  itu menggunakan najis pelbagai jenis haiwan termasuk babun Guines, lemur dan babi Visayan di Taman Hidupan Liar Yorkshire.

“Walaupun berbau, virus dalam najis haiwan terancam mampu membunuh bakteria yang kebal terhadap ubat antibiotik,” kata Stafford selaku pengerusi mikrobiologi molekul universiti berkenaan.

Tambahnya, pasukan saintis berkenaan sedang bekerja keras untuk menukarkan bahan tersebut menjadi ‘rawatan berdaya maju untuk pesakit yang berdepan bahaya hilang jari kaki atau kaki’.

“Rawatan itu juga dijangka dapat membantu mengurangkan kos rawatan diabetes kira-kira £1 billion (RM5.7 billion) setahun untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS),” jelasnya.

Kajian itu merupakan sebahagian daripada penyelidikan lebih meluas dalam mencari antimikrobial baharu bagi menangani cabaran mikrob rintang ubat (AMR).

AMR telah menyebabkan kematian kira-kira 1.27 juta orang di seluruh dunia pada 2019, demikian menurut laporan jurnal The Lancet. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI