fbpx

Jangan buat tuduhan aib maruah, hanya mahkamah boleh putus qazaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak sesekali menuduh kononnya seseorang berzina atau liwat tanpa bukti kukuh termasuk melibatkan pemimpin negara.

Nasihat itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular dakwaan Ahli Parlimen berhubung isu itu.

“Saya menasihati masyarakat Islam secara keseluruhan tanpa merujuk kes spesifik yang tertentu, jangan sesekali buat tuduhan aib sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, seperti peruntukan undang-undang sivil, kesalahan qazaf kelazimannya bermula dengan aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa agama.

“Jika ada aduan kepada badan penguatkuasaan agama, maka siasatan boleh dijalankan dan kemudian baru mahkamah syariah dengar hujah oleh pendakwa syarie,” jelasnya.

Bagaimanapun ujarnya, hakim juga mendengar pembelaan daripada tertuduh dan selepas itu mahkamah boleh membuat keputusan sama ada berlaku kesalahan qazaf atau tidak.

Pada Selasa lalu, kekecohan berlaku di antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI