fbpx

Kes khianat kerbau mati diracun, disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoovan Kumar menunjukkan salah satu bekas berisi cecair dipercayai gula merah bercampur racun di sekitar ladang kelapa sawit di Kampung Barisan, semalam. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

PORT DICKSON – Polis menjalankan siasatan kes kematian kerbau di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Barisan, di sini, kelmarin disyaki membabitkan unsur khianat.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang pengusaha ternakan berusia 24 tahun kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin yang mengatakan tiga ekor ternakan kerbau telah mati disyaki diracun.

Menurutnya, ekoran daripada maklumat tersebut, pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan hasil siasatan awal pihak polis telah menjumpai tong polisterene berisi cecair dipercayai telah diminum ternakan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas haiwan ternakan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut agar menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Awang Supian Awang Ahmad di talian 06- 6472222 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

Semalam, media melaporkan sebuah keluarga yang sudah berpuluh-puluh tahun mengusahakan ternakan kerbau berasa kesal apabila buat pertama kali sembilan ekor kerbau mereka mati diracun individu tidak bertanggungjawab dalam ladang kelapa sawit di Kampung Barisan.

Penternak berkenaan, G. Yoovan Kumar, 24, berkata, dia terkejut apabila mengetahui terdapat tiga ekor kerbaunya sudah mati dipercayai diracun kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan turut menemui satu bekas berisi gula merah bercampur racun sekitar lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI