fbpx

Dua lelaki dikhuatiri lemas, Toyota Hilux terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kren digunakan untuk mengeluarkan trak pikap yang terjunam ke dalam Sungai Chenderung Kubu di Kampung Chenderung Kubu, Tumpat hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

TUMPAT – Dua lelaki berketurunan Siam dikhuatiri lemas selepas trak pikap yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Chenderung Kubu di Kampung Chenderung Kubu di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. faizol Hisham Abdullah berkata, dua mangsa dikhuatiri lemas di dalam kenderaan itu ialah Eh Bau Eh Di, 43, dan sepupunya, Eh Heak Eh Yek, 54.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.01 pagi tadi yang memaklumkan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux ke dalam sungai.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

“Lokasi kenderaan tersebut di dalam sungai berkenaan sudah dikenal pasti. Kren digunakan untuk mengeluarkan trak pikap tersebut naik ke darat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI