fbpx

Malaysia kemuka bantahan diplomatik kepada China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik kepada China berhubung Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, bantahan diplomatik itu dikemukakan kepada kerajaan China pada 11 September lalu.

“Kerajaan Malaysia dengan tegas menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa China ke atas fitur maritim atau kawasan maritim di Laut China Selatan yang meliputi kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

“Ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982),” katanya pada penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Sumber Asli China sebelum ini dilaporkan menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI