fbpx

Tidak perlu GST, kawal perbelanjaan dan tiada projek gajah putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven menyampaikan ucapan di program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Tanpa melaksanakan projek-projek mega serta meningkatkan kecekapan kutipan cukai menerusi sistem sedia menjadi antara strategi dalam mengimbangi kewangan kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim berkata, kerajaan buat masa ini mempunyai pelbagai kaedah lain lagi untuk mengawal keadaan tersebut tanpa perlu melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Malah katanya, kutipan cukai untuk tahun ini sudah 20 peratus menjangkaui sasaran sekali gus menggambarkan prestasi yang sihat menerusi sistem percukaian sedia ada.

“Kita tidak mahu tengok projek-projek yang besar ‘gajah putih’, kita hendak buat projek-projek yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

“Melalui langkah-langkah ini, kita harap setakat ini tak perlu lagi buat GST kerana akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya semasa bercakap dalam Program Jelajah Timbalan Menteri Kewangan II ke Negeri Perak Sempena Penyediaan Belanjawan 2024 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan pentadbir kerajaan negeri.

Dalam program itu, Sim menghabiskan masa kira-kira dua jam bagi mendengar pelbagai rintihan serta harapan para peserta yang hadir untuk menaiktaraf ekonomi dan sosial di negeri tersebut.

Beliau turut menyatakan potensi Perak sebagai pemain penting dalam industri pertanian terutama mengenai soal keterjaminan makanan.

Saarani dalam program yang sama juga berkata kerajaan Perak meletakkan sektor kesihatan sebagai satu daripada fokus senarai keutamaan negeri bagi permohonan projek kepada Pusat untuk Belanjawan 2024.

Jelasnya, permohonan itu turut merangkumi projek naik taraf fasiliti serta bangunan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Projek ini dijangka dapat memberi impak yang besar kepada rakyat Perak di Ipoh khususnya dimana ia dapat mengurangkan kesesakan yang ada seterusnya memberi keselesaan kepada para pesakit dan petugas kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI