fbpx

Pok Mudo Subong ganggu ternakan, kebun penduduk berjaya dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pok Mudo Subong (tengah) yang dipercayai menyerang lembu ternakan penduduk di Kampung Subong, Gua Musang hingga mati berjaya dipindahkan hari ini.FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Seekor gajah jantan liar seberat tiga tan yang dipercayai menyerang lembu ternakan hingga mati selain merosakkan tanaman di kebun penduduk Kampung Awek di sini minggu lalu berjaya dipindahkan hari ini.

Ketua Operasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Mohammad Abu Huzaifah Abu Samah berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa enam jam untuk memindahkan seekor gajah jantan liar, Pok Mudo Subong di Kampung Subong di sini.

Katanya, gajah bergading lengkap dengan ukuran tapak kaki 40 sentimeter itu ditangkap di kawasan kebun kira-kira pukul 9 pagi pasa Jumaat lalu.

“Seramai 30 anggota Perhilitan Kelantan, PKGK PKGK Kuala Gandah dan PKGK Sungai Deka terlibat dalam operasi memindahkan Pok Mudo Subong yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 25 tahun bermula pukul 8 pagi dan berakhir 2 petang tadi.

“Dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai dari PKGK Kuala Gandah digunakan untuk memujuk gajah jantan itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Subong di sini hari ini.

Mohammad Abu Huzaifah memberitahu, pihaknya percaya gajah itu berasal dari Hutan Simpan Nenggiri yang terletak berdekatan kampung itu dan ia dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang dianggarkan 20 ekor.

Katanya, sebelum operasi pemindahan dilakukan, gajah terbabit ditangkap oleh anggota Perhilitan yang memulakan operasi pada Ahad minggu lalu.

Sementara itu, seorang pekebun, Ismail Awang Hamad, 60, berkata, penduduk lega selepas gajah tersebut dipindah apabila apabila tiada lagi haiwan liar merosakkan kebun kelapa sawit, getah dan buah-buahan buat masa ini.

“Selepas kejadian seekor lembu ternakan mati diserang gajah liar, penduduk takut dan tidak turun bekerja di kebun.

“Terima kasih kepada Perhilitan yang bertindak pantas dengan aduan dan masalah penduduk. Kami lega kerana tidak lagi menanggung kerugian akibat tanaman dirosakkan gajah liar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI