fbpx

Dua anggota tentera cedera kereta terbabas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Batu 13, Jalan Pahang, Tapah hari ini.

TAPAH – Dua lelaki terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam lebih 15 meter di Batu 13, Jalan Pahang di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 28 dan 23 tahun yang merupakan anggota tentera itu dalam perjalanan dari Kuala Lipis, Pahang ke Taiping bagi menghadiri kursus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah (BBP) Tapah, Nadzri Che Nordin berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.50 pagi.

Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama Rapid Rescue Vehicle (RRV), Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Tapah dengan kekuatan 12 orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 15 meter.

“Pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa tersepit dalam kenderaan dan kerja-kerja menyelamatkan segera dijalankan bagi mengeluarkan mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat seterusnya menaikkan mangsa ke tebing menggunakan tali.

“Kita mengambil masa kira-kira 41 minit untuk mengeluarkan mangsa disebabkan kedalaman gaung dan keadaan mangsa yang tersepit.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta berusia 28 tahun parah manakala rakannya cedera ringan. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.54 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI