fbpx

Nahas Elmina: Tiada bukti bulu burung pada enjin pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. -Foto oleh SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA- Tiada bukti penemuan objek asing di kedua-dua belah enjin kiri dan kanan pesawat dalam laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara tersebut, laporan awal nahas Elmina memaklumkan, kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

Jelas laporan itu, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam tidak membuat panggilan kecemasan atau ‘Mayday’.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI