fbpx

Lelaki kahwini 7 wanita serentak, idam miliki 100 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nsikonnene bergambar bersama tujuh isteri baharunya semasa majlis perkahwinan mereka. - CEN

KAMPALA, Uganda – Seorang lelaki mengahwini tujuh wanita pada hari yang sama dengan dua daripada isterinya ialah adik-beradik, lapor akhbar The Sun semalam.

Habib Nsikonnene, 43, yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional popular, mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran di Uganda Ahad lalu.

Nsikonnene bagaimanapun mengaku bahawa dia bercadang untuk mempunyai lebih ramai isteri supaya boleh mencapai sasaran mempunyai 100 orang anak.

“Dalam keluarga saya, bilangan kami sangat sedikit, jadi saya mahu memepunyai ramai anak supaya dapat membina keluarga yang besar,” katanya kepada laman berita Daily Monitor.

Sebagai persiapan sebelum perkahwinan, Nsikonnene menghadiahkan setiap isterinya kereta baharu dan memberi pelbagai hadiah kepada ibu bapa mereka.

Ini bukan perkahwinan pertama Nsikonnene kerana dia sudah mempunyai seorang isteri bernama Musanyusa yang dikahwininya selama tujuh tahun.

Nsikonnene mengahwini setiap pengantin perempuan secara berasingan dalam upacara di rumah mereka sebelum masing-masing diiringi ke majlis resepsi di rumahnya.

Pengantin perempuan tiba ke majlis itu dengan menaiki kenderaan mereka sendiri sambil diiringi armada 40 limusin dan 30 motosikal.

Selepas majlis itu, Nsikonnene dan isterinya dibawa berarak oleh sekumpulan penunggang basikal dan motosikal melalui pekan-pekan tempatan sebelum pulang ke rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI