fbpx

Kereta terbalik gara-gara elak monyet lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan gara-gara mengelak seekor monyet melintas.

REMBAU – Gara-gara cuba mengelak seekor monyet melintas, seorang wanita berhadapan detik-detik cemas terbabit dalam kemalangan di kilometer tiga, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk China, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi berkenaan, pemandu kereta jenis Proton Iswara iaitu seorang wanita berusia 20 tahun mengalami luka-luka ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dari Kampung Pilin hendak pergi ke Rembau.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu telah mengelak seekor monyet melintas jalan dari kiri ke kanan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan melanggar pagar rumah sebelum terbalik di lokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu mengalami luka-luka ringan, manakala kenderaan mengalami kerosakan remuk pada bahagian hadapan,” katanya, di sini hari ini.

Ujar Hazri lagi, mangsa telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau (IPD) Rembau bagi membuat laporan sekitar pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI